Informasi Permainan Video Terkini
Ultra Space Battle Brawl Dilancarkan Di Switch – Permainan Oleh Pembangun Dari Indonesia

Ultra Space Battle Brawl Dilancarkan Di Switch – Permainan Oleh Pembangun Dari Indonesia

Diterbitkan pada July 9, 2018 oleh .

Mojiken Studio, iaitu pembangun permainan video dari Indonesia baru-baru ini melancarkan permainan terbaru mereka, Ultra Space Battle Brawl secara rasmi di Nintendo Switch pada 5 Julai lepas dengan kerjasama Toge Production. Permainan tersebut boleh didapati secara digital melalui Nintendo eShop dengan harga $14.99(~RM60).

Ultra Space Battle Brawl memfokuskan permainan bentuk perlawanan seakan Pong, dimana pemain akan bertempur dengan musuh sambil menembak bola khas terhadap teras pemain untuk mengurangkan nilai nyawa musuh tersebut.

Menariknya, permainan ini menyokong multi-pemain sehingga 4 pemain secara luar-talian. Ia juga menyokong mod atas meja Switch yang membolehkan pemain bermain dengan menggunakan setiap satu JoyCon di Nintendo Switch tersebut.

Bagi anda yang berminat, anda boleh membelinya di Nintendo eShop dan memberi sokongan terhadap pembangun dari Indonesia, Mojiken Studio dengan permainan konsol pertama mereka di Nintendo Switch bermula hari ini.

Laman Rasmi: Ultra Space Battle Brawl


TIPS & ULASAN