Bagi anda yang pernah bermain siri permainan Zero Escape, anda pasti mengenali Kotaro Uchikoshi iaitu pengarah dan juga penulis buat siri permainan tersebut.

Kini, sempena acara Anime Expo yang berlangsung di Amerika Syarikat minggu ini, beliau mengumumkan permainan seterusnya iaitu AI: The Somnium Files yang mana ia dirancang untuk dilancarkan di konsol Playstation 4, Switch dan PC. Permainan ini juga akan dikeluarkan oleh Spike Chunsoft, iaitu pengeluar permainan Danganronpa dan juga siri Zero Escape.

Melalui permainan ini, pemain akan ditempatkan di kawasan bandar futuristik Tokyo dan memfokuskan watak Kaname Date, iaitu seorang detektif yang memburu pembunuh bersiri.

Permainan ini juga memfokuskan kecerdasan buatan juga berdasarkan tajuk permainan tersebut iaitu AI (Artificial Intelligence) dan juga ayat ai (itu sendiri yang bermaksud cinta di dalam bahasa Jepun.

Tidak banyak informasi yang dikongsikan dan bagi anda ingin melihat keseluruhan sesi perbincangan oleh Kotaro Uchikoshi, anda boleh tontonnya di video di atas.

Sohor Kini