Microids hari ini mengummkan bahawa mereka akan melancarkan semula permainan Asterix & Obelix XXL 2 sebagai permainan pernambah-baikkan buat konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.
Permainan tersebut asalnya dilancarkan di konsol Playstation 4 dan PC pada 2005 lepas yang mana kini, Microids akan membawa kembali permainan yang dibangunkan oleh OSome Studio tersebut khas buat pemain generasi kini secara digital juga fizikal.
Selain itu, Microids juga mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan edisi terhad buat permainan tersebut bagi pemain konsol. Terdapat dua versi edisi terhad yang akan menyertakan figura khas khas watak Asterix dan Obelix dari permainan tersebut.
Tambahan juga, Microids juga menyatakan bahawa mereka akan melancarkan Asterix & Obelix XXL 3 pada 2019 kelak yang mana mereka membangunkannya khas sebagai sekuel khas permainan tersebut.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Asterix & Obelix XXL 2, ianyanya akan dilancarkan pada 29 November 2018 ini di kesemua konsol generasi kini termasuklah PC.