Informasi Permainan Video Terkini
Psyonix Tidak Mempunyai Sebarang Perancangan Untuk Rocket League 2

Psyonix Tidak Mempunyai Sebarang Perancangan Untuk Rocket League 2

Diterbitkan pada July 9, 2018 oleh .

Rocket League dikeluarkan tiga tahun lepas dan terus menerima pelbagai kemas kini terutama dari segi barangan dalam permainan akan tetapi ramai pemain mula bertanya yang apa yang seterusnya untuk permainan tersebut.

Berdasarkan temubual bersama Gamespot, Pengarah Rocket League Scott Rudi mengatakan Rocket League 2 tidak akan berlaku dalam masa terdekat.

Menurut beliau, Psyonix ingin menjadikan permainan ini sebagai servis. Bagi mereka perkara yang penting adalah memastikan pemain terus berminat dan bermain permainan mereka. Tambah beliau, buat masa ini mereka tidak pasti mengenai Rocket League 2 akan tetapi sasaran mereka sekarang adalah terus menambah kandungan untuk Rocket League sekarang.

Jika anda tertunggu Rocket League 2 mungkin anda perlu menunggu dengan lebih lama akan tetapi kami lebih menyukai penambahan dilakukan untuk permainan tersedia kerana sudah mempunyai jumlah pemain yang ramai.

Rocket League sudah dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.


TIPS & ULASAN