Ingress merupakan salah satu permua yang popular daripada Niantic yang membolehkan pengguna mengabungkan dunia nyata dan maya dalam permainan. Malah, Ingress turut diperkatakan ramai sebagai salah satu asas utama yang digunakan dalam menjayakan permua Pokemon Go.

Kini, Ingress nampaknya bukan lagi sekadar permua semata-mata, malah akan hadir dalam bentuk animasi. Dinamakan Ingress : The Animation, ia dijangka diterbitkan di Netflix tidak lama lagi.

Ingress Anime

Siri animasi ini bakal memperlihatkan dunia “Ingress”, sekaligus membolehkan para penonton lebih mendalami dunia permainan yang unik berkenaan.

Siri animasi ini juga dijangka akan turut menyentuh jalan cerita “Ingress Prime” – iaitu generasi baru permainan berkenaan yang dijangka hadir pada tahun ini.

Kedua-dua, siri animasi dan Ingress Prime dijangka dilancarkan sekitar bulan Oktober kelak.

Sohor Kini