Waframe adalah permainan aksi atas talian yang percuma untuk dimainkan. Dikeluarkan pertama kali untuk PC pada tahun 2013 sebelum versi Playstation 4 dan Xbox One tiba kemudian.

Ia adalah antara permainan yang sering tersenarai yang mendapat hasil pendapatan yang tinggi di Steam walaupun merupakan permainan yang percuma. Digital Extremes minggu ini akhirnya mengumumkan permainan tersebut akan dikeluarkan untuk Switch dengan kerjasama bersama Panic Button.

Panic Button sebelum ini bertanggungjawab membawa permainan seperti DOOM, Wolfenstein II: The New Colossus dan Rocket League ke Switch. Buat masa ini permainan ini tidak mempunyai sebarang fungsi rentas-platform kemungkinan besar disebabkan versi PC sering menerima kemaskini terlebih dahulu berbanding konsol.

Tiada tarikh pengeluaran dinyatakan oleh Digital Extremes mahupun Panic Button akan tetapi kami merasakan ia akan dikeluarkan pada tahun ini. Untuk pemilik Switch, adakah ini satu permainan yang akan dimainkan anda?

Sohor Kini