Semasa menonton Ready Player One kami agak teruja apabila RX-78-2 menampilkan diri walaupun sekadar untuk menggantikan Ultraman. Tampaknya penampilan Gundam di dalam filem Hollywood tidak akan berakhir di situ.

Ketika acara Anime Expo 2018 yang sedang berlansung, Legendary Entertainment yang menerbitkan filem seperti Godzilla, Pacific Rim dan Jurassic World mengumumkan kerjasama bersama Sunrise iaitu penerbit asal siri Mobile Suit Gundam untuk menerbitkan filem aksi nyata siri ini.

Buat masa ini tiada maklumat lanjut yang dikongsikan akan tetapi filem ini akan berlaku di dalam “Universal Century” iaitu penceritaan yang menjadi sumber kepada pelbagai anime, komik dan permainan video.

Kami sudah semestinya tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai filem ini.

Sohor Kini