England selepas mengalahkan Colombia baru-baru ini melayakkan mereka ke peringkat suku akhir. Setakat ini kempen piala dunia England banyak dibantu oleh prestasi yang baik oleh Harry Kane iaitu kapten pasukan.

Ini bukanlah laman mengenai bola sepak disebabkan itu kami tidak akan bercerita panjang mengenai piala dunia sebaliknya semasa ditemubual oleh BBC, Harry Kane mengatakan beliau dan rakan-rakan pasukan bermain Fortnite di masa lapang ketika piala dunia.

Apabila ditanya berapa kerap mereka bermain, Harry Kane mengatakan isterinya akan terkejut dengan kekerapan beliau bermain permainan battle royale ini.

Jika England memenangi piala dunia boleh lah kita katakan Fortnite serba sedikit membantu bukan sahaja memberi idea untuk pemain bersorak apabila menjaringkan gol.

Sohor Kini