Bethesda: Tiada Perancangan Untuk Menyokong Mod Skyrim Di Switch

Skyrim merupakan permainan yang dikeluarkan pada tahun 2011 lagi tetapi selepas 7 tahun, ia telah dikeluarkan di pelbagai platform yang berbeza dan yang terbaru adalah Switch yang dikeluarkan pada November tahun lepas.

Selain permainan itu sendiri, pemain terus bermain Skyrim adalah kerana pilihan mod yang ada. Selain menambah-baikkan permainan, sesetengah mod turut menambah pelbagai permainan dan penceritaan yang baharu. Buat masa ini hanya Skyrim versi PlayStation 4, Xbox One dan PC sahaja menyokong mod.

Apabila ditanya mengenai sokongan mod untuk Skyrim versi Switch, Todd Howard mengatakan buat masa ini mereka tidak mempunyai sebarangan perancangan untuk menyokong mod. Ini mungkin satu berita yang mengecewakan akan tetapi isi permainan tanpa mod sudah memadai untuk anda menghabiskan lebih 100 jam bermain.

Selain itu, Todd Howard juga mengatakan beliau terkejut dengan sokongan baik pemain untuk permainan Fallout Shelter yang baru sahaja dikeluarkan untuk Switch.

Sohor Kini