Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini Terbaru Far Cry 5 Akan Menyertakan Mod Foto
PC

Kemaskini Terbaru Far Cry 5 Akan Menyertakan Mod Foto

Diterbitkan pada July 5, 2018 oleh .

Far Cry 5 merupakan satu permainan yang cantik dengan persekitaran sangat hijau dan mempunyai pelbagai variasi rekaan akan tetapi selain menggunakan sistem tersedia di PC ataupun konsol permainan ini tidak mempunyai mod foto yang sudah menjadi trend permainan sekarang.

Melalui kemaskini terbaru, akhirnya mod foto ini akan dimasukan ke dalam permainan memberi alasan baru untuk pemain terus mengembara.  Menariknya walaupun permainan ini dimainkan melalui pandangan pertama, apabila mod foto diaktifkan ia akan bertukar kepada pandangan ketiga.

Ini akan membolehkan anda mengambil gambar watak anda dan bukan dari pandangan mata sahaja. Selain itu pemain juga berupaya untuk mengubah masa, FOV dan pelbagai efek khas untuk mencantikkan gambar anda. Tambahan anda juga boleh mengubah ekspresi muka watak anda.

Ada pelbagai penambahan lain melalui kemaskini dan anda boleh mendapatkan senarai penuh melalui pautan ini. Kemaskini akan dikeluarkan untuk semua pada hari ini ataupun dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN