Informasi Permainan Video Terkini
Permua Keluaran Media Prima Mak Cun’s Adventure Dimuat Turun 100 Ribu Kali Dalam Masa 10 Hari

Permua Keluaran Media Prima Mak Cun’s Adventure Dimuat Turun 100 Ribu Kali Dalam Masa 10 Hari

Diterbitkan pada July 5, 2018 oleh .

Mak Cun’s Adventure merupakan permua berdasarkan siri TV Mak Cun yang dikeluarkan oleh Media Prima Labs pada 23 Mei 2018 lepas, ia merupakan permainan seakan Diner Dash akan tetapi permua ini adalah berdasarkan warung dan juga mempunyai menu masakan tempatan seperti nasi lemak.

Selepas 10 hari dikeluarkan, permua ini dilaporkan dimuat turun sebanyak 100 ribu kali. Permua ini ditawarkan secara percuma tetapi mempunyai mikro-transaksi untuk membeli mata wang maya seperti syiling dan permata.

Kami sendiri sudah mencubanya dan walaupun ia agak mengasyikkan akan tetapi tidak membawa banyak perbezaan berbanding permua lain yang menggunakan konsep permainan yang sama. Dengan bertemakan warung dan masakan tambahan ia boleh dimainkan sepenuhnya di dalam bahasa melayu adalah sedikit kelainan yang ditawarkan.

Kemaskini terbaru juga menambah butik pakaian untuk diurus oleh pemain. Mak Cun’s Adventure kini boleh dimuat turun secara percuma untuk peranti iOS dan Android. Tahniah kami ucapkan untuk Media Prima Labs atas kejayaan ini.

App Store: Mak Cun’s Adventure

Play Store: Mak Cun’s Adventure


TIPS & ULASAN