Informasi Permainan Video Terkini
Ubisoft Berharap Dapat Memberi Kejutan Di Masa Hadapan Melalui Kerjasama Dengan Nintendo

Ubisoft Berharap Dapat Memberi Kejutan Di Masa Hadapan Melalui Kerjasama Dengan Nintendo

Diterbitkan pada July 4, 2018 oleh .

Mario + Rabbids: Kingdom Battle bagi kami merupakan satu kejutan yang baik hasil kerjasama antara Ubisoft dan Nintendo. Bukan sahaja Nintendo membenarkan Ubisoft menggunakan watak dari siri permainan mereka, Nintendo juga berjaya mencipta permainan yang walaupun berlainan dengan permainan Nintendo tetapi mempunyai magis yang sama.

Minggu ini ketua pengawal eksekutif Ubisoft Yves Guillemot mengatakan hubungan antara Ubisoft dan Nintendo adalah kuat kerana mereka sudah beberapa kali bekerjasama. Tambah beliau pereka di Ubisoft sangat teruja untuk menghasilkan permainan bersama dengan syarikat seperti Nintendo. Beliau juga berharap dapat memberikan kejutan tidak lama lagi melalui kerjasama ini.

Ubisoft terkenal dengan permainan yang boleh dikatakan sama setiap tahun seperti siri Assassin’s Creed, Far Cry tetapi mereka juga mampu menghasilkan permainan yang lain dan menarik. Kami berharap lebih banyak kerjasama antara dua syarikat ini.


TIPS & ULASAN