Informasi Permainan Video Terkini
Jumlah Masa Pemain Bermain Switch Di TV Dan Secara Mudah Alih Adalah Sama

Jumlah Masa Pemain Bermain Switch Di TV Dan Secara Mudah Alih Adalah Sama

Diterbitkan pada July 3, 2018 oleh .

Switch merupakan konsol hibrid yang boleh dimainkan di TV ataupun secara mudah alih. Ada pemain yang tidak menggemari bermain di TV dan ada juga pemain yang lebih menyukai bermain seperti mana konsol-konsol lain.

Disebabkan pemain boleh memilih kedua-duanya sudah semestinya kedua-dua cara bermain akan digunakan oleh pemain mengikut tempat dan situasi. Menariknya melalui temu bual bersama Ars Technica, naib presiden pemasaran Nintendo Doug Bowser mengatakan jumlah masa permainan untuk kedua-dua cara adalah sama.

Berdasarkan kenyataan tersebut boleh dikatakan sasaran Nintendo menghasilkan konsol yang boleh dimainkan dengan dua cara bermain adalah satu kejayaan kerana pemain menggemari kedua-dua cara secara sama rata ataupun jumlah pemain yang menggemari salah satu cara adalah sama.

Kami sudah semestinya lebih menggemari secara mudah alih kerana lebih senang untuk berada di mana-mana sahaja, bagaimana dengan anda?


TIPS & ULASAN