Informasi Permainan Video Terkini
Mini Metro Bakal Hadir Untuk Switch – Menyertakan Mod Multi-Pemain

Mini Metro Bakal Hadir Untuk Switch – Menyertakan Mod Multi-Pemain

Diterbitkan pada July 2, 2018 oleh .

Mini Metro dikeluarkan pertama kali untuk PC pada tahun 2015 akan tetapi apabila versi permua dikeluarkan setahun kemudia ia mula dipercakapkan. Kami sendiri menghabiskan banyak masa bermain permua tersebut.

Mini Metro adalah permainan yang berdasarkan strategi dan tekaria memerlukan pemain untuk membuat landasan kereta api bagi menyambung stesen ke beberapa stesen yang lain.

Melalui kerjasama antara Radical Games dan Dinosaur Polo Club iaitu pembangun asal permainan ini, mereka akan mengeluarkan permainan ini untuk Switch. Menariknya versi Switch akan mempunyai mod multi-pemain.

Trailer untuk versi Switch turut dipertontonkan akan tetapi tidak sangat memperlihatkan bentuk permainan sebaliknya menunjukkan pemain menari sambil memegang Joy Con yang kami tidak pasti apa kaitan dengan permainan tersebut.

Buat masa ini tiada tarikh pengeluaran dinyatakan akan tetapi mereka menyatakan ia akan dikeluarkan pada tahun ini.


TIPS & ULASAN