Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo: Fokus Switch Adalah Multi-Pemain Tetapi Akan Turut Terus Menghasilkan Permainan Solo

Nintendo: Fokus Switch Adalah Multi-Pemain Tetapi Akan Turut Terus Menghasilkan Permainan Solo

Diterbitkan pada July 2, 2018 oleh .

Konsol Switch selain merupakan konsol hibrid yang boleh digunakan seperti konsol rumah dan secara mudah alih ia juga merupakan konsol yang memfokuskan permainan multi-pemain terutama di luar talian.

Ini disahkan oleh presiden Nintendo of America Reggie Fils-Aimé yang mengatakan tarikan utama untuk Switch adalah sesiapa sahaja boleh datang dan tengok apa yang sedang dimainkan dan kemudian hanya dengan membuka Joy Con anda boleh bermain bersama mereka pada bila-bila masa.

Walaupun begitu, beliau menambah dan mengatakan permainan multi-pemain bukanlah bersifat eksklusif disebabkan itu mereka akan terus juga mengeluarkan permainan yang boleh dimainkan secara solo seperti The Legend of Zelda: Breath of the Wild.

Semasa perdebatan hangat mengenai masa depan permainan solo ramai yang mengatakan pengeluar konsol seperti Microsoft, Nintendo dan Sony akan memainkan peranan penting untuk terus mengeluarkan permainan solo. Dengan kenyataan Nintendo ini sudah semestinya satu berita yang baik untuk penggemar permainan solo.


TIPS & ULASAN