Nintendo ialah antara syarikat permainan video yang paling ternama di dunia. Dengan Switch, Nintendo sekali lagi berjaya menggegarkan dunia kerana konsol yang kurang berkuasa ini masih mendapat sambutan yang di luar jangkaan. Syarikat ini kini secara rasmi diterajui oleh Shuntaro Furukawa.
Shuntaro Furukawa ialah presiden Nintendo yang ke-enam dan menggantikan Tatsumi Kimishima yang memegang jawatan ini selama tiga tahun. Beliau menggantikan Shotoru Iwata yang meninggal dunia akibat kanser pada tahun 2015. Presiden baru Nintendo ini mempunyai latar belakang sebagai akauntan tetapi terlibat secara terus dalam pembangunan Switch.
Beliau baru berusia 46 tahun kerana usia beliau yang agak muda amat terbuka kepada idea baru bagi meneruskan legasi Nintendo sebagai syarikat yang menghasilkan permainan video untuk kesemua lapisan umur.