Skip to main content

Minggu lalu Bethesda telah mengemukakan saman ke atas Warner Brothers kerana permua Westworld yang dilancarkan didakwa meniru Fallout Shelter. Ini adalah kerana beberapa kod permainan yang sama dan mod permainan di dalam Westworld ini mempunyai banyak persamaan dengan Fallout Shelter.

Pihak Warner Brothers telahpun mengeluarkan kenyataan berkenaan saman yang difailkan oleh Bethesda ini. Menurut mereka dakwaan yang dilemparkan oleh Bethesda adalah tidak berasas sama sekali. Malahan sebagai antara pengeluar kandungan asli dunia, mereka amat menghormati harta intelek yang dikeluarkan syarikat lain. Dari pengamatan kami, kedua-dua permainan ini mempunyai banyak persamaan. Apa pula pendapat pembaca Aksiz?

Leave a Reply