Skip to main content

Hampir kesemua pemberita dan pemain yang mendapat akses khas untuk menonton demo Cyberpunk 2077 memberikan pujian yang melambung untuk keunikan permainan tersebut.

Untuk pemain lain yang tidak mendapat akses tertanya mengapa demo tersebut tidak diperlihatkan kepada umum. Melalui temubual ketua pengawal eksekutif CD Projekt Adam Kicinski bersama dengan media dari Poland (diterjemah oleh WCCFTECH), beliau mengatakan sebab utama demo tidak diperlihatkan kepada umum adalah disebabkan permainan tersebut masih di peringkat pra-alfa.

Kebiasaan peringkat alfa adalah permainan yang sudah boleh dimainkan tetapi mempunyai pelbagai masalah, jika pra-alfa boleh dikatakan ada banyak bahagian yang masih tidak disiapkan. Beliau juga mengatakan bahagian demo merupakan bahagian yang paling hampir untuk disiapkan.

Dengan perkembangan ini agak mustahil untuk permainan ini dikeluarkan pada tahun ini, akan tetapi kami menjangkakan ia akan dikeluarkan selawatnya akhir tahun hadapan. Ini adalah disebabkan mereka mensasarkan permainan ini dikeluarkan untuk konsol generasi sekarang manakala konsol generasi seterusnya dijangkakan akan dikeluarkan pada tahun 2020.

Selain pada itu, CD Projekt Red juga kebiasaan mengeluarkan permainan setiap empat tahun iaitu The Witcher pada tahun 2007 diikuti The Witcher 2 pada tahun 2011 dan The Witcher 3 pada tahun 2015.

Cyberpunk 2077 sedang dibangunkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply