Skip to main content

Pelbagai perkhidmatan sosial melihat kepada arena permainan video dalam terus mengekalkan pengguna menggunakan perkhidmatan mereka. Google mempunyai penawaran YouTube Gaming, Facebook dengan FB.GG, dan kini Snapchat dilaporkan bakal hadir dengan platform mereka tersendiri.

Snapchat dikatakan akan menawarkan platform khusus untuk para pembangun, membolehkan pembangun hadir dengan permainan yang boleh dimainkan terus dalam aplikasi Snapchat.

Seperti biasa, pengguna dapat bersaing dan melihat skor rakan-rakan lain – sekaligus menjadikan platform berkenaan sentiasa aktif. Snapchat dikatakan telah mempunyai sekurang-kurangnya satu penerbit permainan yang akan membuat permainan untuk platform berkenaan.

Pihak Snapchat tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan desas-desus baru ini buat masa ini.

Artikel ini telah diterbitkan terlebih dahulu di Amanz.

Leave a Reply