Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan sebilangan permainan yang termasuk di dalam senarai Playstation Hits dimana permainan-permainan tersebut mendapat potongan harga serendah RM74.
Siri Playstation Hits merupakan senarai permainan yang terkenal yang telah dilancarkan di konsol Playstation 4 sebelum ini. Melalui senarai ini, Sony bukan sahaja menyertakan rekaan karya kotak yang baru, malah setiap permainan yang tersenarai mendapat potongan harga serendah RM74.
Menurut Sony, pada masa akan datang mereka akan menyertakan pelbagai permainan dan siri pertama Playstation Hits bermula dijual mulai minggu ini. Bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkannya melalui pengedar rasmi Playstation ataupun secara digital melalui Playstation Store.
Berikut merupakan senarai permainan yang tersenarai di dalam siri Playstation Hits:
- Bloodborne
- Driveclub
- InFamous Second Son
- Killzone Shadow Fall
- Little Big Planet 3
- Ratcher & Clank
- The Last Of Us Remastered
- Uncharted 4: A Thief’s End
- Metal Gear Solid V: The Definitive Experience
- Assassin’s Creed IV: Black Flag
- Far Cry 4
- Far Cry Primal
- Tom Clancy’s The Division
- Watch Dogs
- Batman: Arkham Knight
- Middle-Earth: Shadow Of Mordor
- Mortal Kombat X
Ini merupakan satu siri yang sangat berbaloi terutamanya buat mereka yang masih belum bermain permainan-permainan yang tersenarai dan ingin membelinya dengan harga yang murah.
Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan tersenarai diatas dengan harga serendah RM74 dimana-mana pengedar rasmi Playstation.