Informasi Permainan Video Terkini
Cat Quest II: The Lupus Empire Diumumkan Secara Rasmi – Bakal Tiba Di Semua Platform

Cat Quest II: The Lupus Empire Diumumkan Secara Rasmi – Bakal Tiba Di Semua Platform

Diterbitkan pada June 27, 2018 oleh .

The Gentlebros hari ini mengumumkan permainan kedua buat siri Cat Quest, iaitu Cat Quest II: The Lupus Empire bakal tiba pada awal tahun 2019 ini.

Cat Quest merupakan permainan aksi RPG yang dibangunkan oleh The Gentlebros dan permainan pertamanya dilancarkan tahun lepas oleh PQube. Kali ini, The Gentlebros menyatakan permainan seterusnya akan tiba tahun hapadan.

Menurut pembangun, permainan Cat Quest II: The Lupus Empire akan memfokuskan dunia terbuka bersama penceritaan yang baru berkenaan dua kerajaan yang sedang berperang. Sebelum ini permainan tersebut memfokuskan kerajaan Felingard dan berdasarkan tajuk permainan tersebut, kami menjangka kerajaan kedua adalah kerajaan Lupus.

Menariknya, kali ini mereka memperkenalkan mod baru koperasi yang membenarkan pemain untuk bermain bersama-sama rakan untuk bertempur dan mengembara di dalam dunia permainan tersebut.

Cat Quest II: The Lupus Empire dirancang untuk dilancarkan untuk kesemua platform termasuk versi permua di iOS dan Android bersama-sama untuk PC dan konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch pada awal tahun depan.


TIPS & ULASAN