Unravel Two yang dibangunkan oleh Coldwood Interactive tersebut merupakan permainan kedua buat siri Unravel dimana kali ini ia memperkenalkan sistem koperasi yang baru di mana pemain berupaya untuk bermain sebagai dua watak Yarny.

Permainan ini sudah dilancarkan dan anda boleh membelinya dengan harga bermula RM79 di konsol Playstation 4, Xbox One dan juga PC. Jika anda ingin mencuba permainan ini terlebih dahulu jika ingin mengetahui adakah ia kena dengan jiwa, kini anda boleh memuat turun demo secara percuma.

Demo ini dihadkan kepada 2 bab pertama yang boleh diulang main selama 10 jam masa permainan sahaja akan tetapi bagi kami, 10 jam sudah cukup untuk mengetahui sama ada berbaloi atau tidak untuk membelinya secara penuh. Selepas had demo sudah habis dan anda ingin membeli permainan ini fail simpanan akan dibawa ke permainan penuh.

Origin: Unravel Two Demo

Xbox Store: Unravel Two Demo

Playstation Store: Unravel Two Demo

Sohor Kini