Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Mengeluarkan Switch Khas Berwarna Kadbod – Hadiah Untuk Pertandingan Nintendo Labo

Nintendo Mengeluarkan Switch Khas Berwarna Kadbod – Hadiah Untuk Pertandingan Nintendo Labo

Diterbitkan pada June 27, 2018 oleh .

Selain daripada pilihan dua warna joy-con, variasi Switch adalah terhad. Anda boleh mendapat lebih banyak warna jika ingin berbelanja lebih untuk mendapatkan berkas seperti Super Mario Odyssey ataupun Splatoon 2.

Nintendo minggu ini memperlihatkan Switch khas yang diwarnakan seperti Kadbod dan kami sangat inginkannya akan tetapi ia mungkin adalah satu perkara yang mustahil kerana Switch ini hanya dibuat khas sebagai hadiah untuk Pertandingan Rekaan Nintendo Labo.

Pertandingan tersebut hanya terbuka untuk rakyat Amerika Syarikat dan Kanada sahaja. Juara pertandingan ini akan mendapat Switch khas tersebut dan disebabkan ada dua kategori pertandingan, jika Nintendo tidak mengeluarkan Switch ini untuk pasaran luar hanya akan ada dua pemilik sahaja seluruh dunia.

Manakala untuk naib-juara akan mendapat joy-con khas yang juga berwarna kadbod. Kami sangat tidak berpuas hati kerana rekaan ini tidak dijadikan sebagai pilihan tetapi masih berharap Nintendo ataupun parti ketiga akan menghasilkannya untuk pasaran luar.


TIPS & ULASAN