Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini Terbaru Super Bomberman R Menyertakan Watak Metal Gear Solid Dan Pelbagai Watak Dari Francais Konami
PC

Kemaskini Terbaru Super Bomberman R Menyertakan Watak Metal Gear Solid Dan Pelbagai Watak Dari Francais Konami

Diterbitkan pada June 27, 2018 oleh .

Konami hari ini mengemaskini permainan Super Bomberman R dengan pelbagai watak Bomber baru bersama mod terbaru buat permainan tersebut.

Antara watak Bomber yang ditambahkan oleh Konami adalah dari francais Metal Gear Solid, iaitu Solid Snake, Naked Snake dan Raiden. Menariknya, kedua-dua watak Snake tersebut disuarakan oleh David Hayter, iaitu pelakon suara latar asal buat watak Snake.

Selain itu watak Bomber lain daripada francais Konami yang lain juga disertakan iaitu:

  • Bill
  • Lance
  • Vic Viper ZERO
  • Ayako Katagiri
  • Ebisumaru

Tambahan juga, ahli gusti terkenal Xavier Woods juga bakal tiba sebagai watak Bomber di dalam permainan tersebut.

Konami juga memperkenal kawasan baru dari siri Metal Gear Solid bersama aksesori-aksesori watak bertemakan pelbagai permainan dari francais permainan mereka.

Konami juga menyertakan peraturan baru bagi mod Grand Prix dengan nama peraturan Checkpoints dimana ianya akan mengubah bentuk permainan mod tersebut. Melaluinya, pemain perlu berada di sebilangan kawasan Checkpoints untuk mengumpul markah sementara pihak musuh perlu merampas kawasan tersebut.

Kemaskini ini sudahpun dilancarkan oleh Konami dan pemain boleh mendapatkannya secara percuma melalui muat-turun kemaskini permainan.

Super Bomberman R merupakan permainan parti yang meletakkan pemain di dalam satu arena untuk bertempur sesama pemain lain dengan meletakkan bom. Ia merupakan siri permainan yang sangat terkenal ketika era SNES dahulu dan kini ia kembali di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.


TIPS & ULASAN