Informasi Permainan Video Terkini
Sony Menawarkan Langganan 12 Bulan PS Plus Bersama 3 Bulan Langganan Netflix

Sony Menawarkan Langganan 12 Bulan PS Plus Bersama 3 Bulan Langganan Netflix

Diterbitkan pada June 26, 2018 oleh .

Sony hari ini menawarkan promosi menarik untuk penggemar permainan video dan juga filem atau siri TV. Bermula hari ini sehingga 30 Ogos 2018, setiap langganan 12 bulan PS Plus yang berharga RM129 anda akan turut mendapat 3 bulan langgan Netflix pelan Standard secara percuma (bernilai RM126).

Jika anda sudah memiliki langganan PS Plus, pembelian ini akan menambah jumlah langganan anda, begitu juga jika anda merupakan pelanggan Netflix akan tetapi untuk pelan Standard sahaja. Jika anda memiliki langganan pelan Basic ataupun Premium anda perlu mencipta akaun baru untuk mendapat 3 bulan langganan percuma tersebut.

Selepas pembelian langganan PS Plus anda akan diberikan satu emel untuk mendapatkan 3 bulan langganan percuma Netflix tersebut dan anda mesti menebus sebelum 30 September 2018.

Promosi ini bagi kami sangat berbaloi jika anda memang berhajat untuk melanggan PS Plus ataupun akan menyambung langganan tersedia dengan penambahan akaun Netflix ini sudah semestinya lebih berbaloi.

Playstation Store: Netflix 3 Month Bundle + PlayStation Plus


TIPS & ULASAN