Grim Fandango dikeluarkan pada tahun 1998 lagi akan tetapi versi yang ditambah-baik Grim Fandango Remastered dikeluarkan pada tahun 2015. Manakala Broken Age dikeluarkan pada 2014.
Double Fine, penerbit kepada kedua permainan tersebut mengumumkan melalui kuciran di Twitter rasmi mereka kedua permainan ini akan dikeluarkan untuk Switch.
We are excited to say that we’re working on bringing Grim Fandango Remastered and Broken Age to Nintendo Switch! #e32018 pic.twitter.com/R26Whl58bh
— Double Fine (@DoubleFine) June 13, 2018
Kedua-dua permainan ini sudah dikeluarkan di semua platform termasuk juga sebagai permua akan tetapi pengeluaran untuk Switch akan menjadikan kedua permainan Double Fine yang terawal dikeluarkan untuk konsol Nintendo ini.
Setakat ini mereka mengatakan sedang dibangunkan akan tetapi untuk permainan yang sudah dikeluarkan di beberapa platform kami menjangkakan keduanya akan tiba pada tahun ini.