Informasi Permainan Video Terkini
Penganalisa Menjangkakan Pemain Akan Membeli Permainan Sepenuhnya Secara Digital Pada Tahun 2022

Penganalisa Menjangkakan Pemain Akan Membeli Permainan Sepenuhnya Secara Digital Pada Tahun 2022

Diterbitkan pada June 26, 2018 oleh .

Sebelum ini kami melaporkan kajian oleh Nielsen untuk pemain di Amerika Syarikat memperlihatkan 77% pemain di PC membeli permainan secara digital manakala 66% pemain di konsol membeli secara fizikal.

Minggu ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Piper Jaffray yang merupakan bank pelaburan menjangkakan pemain akan sepenuhnya membeli permainan sepenuhnya secara digital tidak lama lagi,

Tambah mereka, walaupun agak sukar untuk memberikan tarikh yang tepat akan tetapi tahun 2022 adalah jangkaan terbaik mereka. Mereka juga mengatakan perkembangan ini akan meningkatkan pendapatan untuk penerbit permainan.

Bagi kami untuk pemain di PC perkara ini mungkin menjadi kenyataan akan tetapi untuk pemain di konsol ia bergantung kepada generasi konsol seterusnya yang dijangkakan akan dikeluarkan pada tahun 2020. Jika konsol generasi seterusnya memfokuskan permainan digital dan juga sistem langganan mungkin ia akan menjadi kenyataan.

Jika mengikut perkembangan sekarang kami boleh katakan jumlah peratusan permainan yang dibeli secara digital akan terus meningkat akan tetapi permintaan untuk permainan fizikal akan terus ada bukan sahaja yang gemar mengumpul akan tetapi juga untuk tempat yang tidak mempunyai akses internet yang laju.


TIPS & ULASAN