Gun Media, iaitu pengeluar permainan seram Friday The 13th: The Game minggu ini menyatakan bahawa mereka kini tidak lagi akan menghasilkan mahupun menlancarkan sebarang kandungan terbaru buat permainan tersebut. Hal ini adalah kerana hasil tuntutan mahkamah buat hak intelek Friday The 13th oleh Victor Miller.

Menurut Gun Media, mereka menyatakan sebarang kandungan tambahan untuk permainan tersebut terpaksa diberhentikan walaupun jika terdapat sebarang pertikaian berkenaan hak intelek permainan tersebut pada masa hadapan.

Ini kerana pembangunan permainan video tidak boleh dihentikan seketika dan disambungkan pada bila-bila masa. Tambah beliau lagi, mereka tidak boleh membangunkan kandungan yang tidak pasti akan dilancarkan ataupun tidak pada masa depan.

Mereka juga menyatakan hasil tuntutan mahkamah tersebut juga tidak membenarkan mereka melakukan sebarang pernambahan buat permainan tersebut walaupun sebuah pohon pokok ataupun batu yang baru di dalamnya.

Namun, dari segi kemaskini pelayan, pembaikkan pepijat dan penyelenggaraan permainan, mereka masih lagi dibenarkan untuk mengendalinya. Sekaligus, bagi anda yang masih lagi bermain permainan tersebut, anda tidak perlu khuatir kerana pelayan permainan tersebut masih lagi berada di atas-talian.

Friday The 13th: The Game adalah permainan seram yang dibangunkan oleh Illfonic dan dikeluarkan oleh Gun Media, Ia berdasarkan francais siri filem Friday The 13th. Ianya memfokuskan permainan dalma bentuk multi-pemain di mana 8 pemain boleh bermain serentak secara atas-talian, dan salah seorang daripada pemain akan mengawal sebagai Jason. Tugas Jason adalah untuk membunuh kesemua pemain lain, manakala lagi 7 pemain yang lain akan mengelak dan teruskan hidup.

Friday The 13th: The Game telah pun dilancarkan pada tahun lepas di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini