Skip to main content

Kingdom Hearts 3 pertama kali diumumkan pada persidangan E3 Sony pada tahun 2013 manakala Final Fantasy VII diumumkan pada tahun 2015 ketika persidangan yang sama. Kedua-dua permainan ini menjadi bahan lawak apabila mengambil terlalu lama untuk dikeluarkan.

Minggu ini berdasarkan temubual bersama Multiplayer.it yang diterjemah oleh Kingdom Hearts Insider pengarah kedua permainan ini iaitu Tetsuya Nomura mengatakan permainan tersebut diumumkan lebih awal untuk mengelak dari tertiris.

Tambah beliau sebelum permainan tersebut diumumkan lagi sudah ada ura-ura yang mengatakan permainan tersebut sedang dibangunkan. Untuk mengelakkan pemain mendengarnya dari media, mereka mengambil keputusan untuk mengumumkannya lebih awal walaupun masih tidak mempunyai tarikh pengeluaran.

Bagi kami Kingdom Hearts 3 yang baru sahaja diumumkan tarikh pengeluaran pada tahun 2017 dan tertunda ke 2019 dan juga Final Fantasy VII yang masih tidak diumumkan tarikh pengeluaran tidak sepatunya dikritik kerana ia adalah perkara biasa untuk permainan yang sedang dibangunkan.

Cyberpunk 2077 diumumkan pertama kali pada tahun 2013 oleh CD Projekt Red, walaupun masih tidak diumumkan bila akan dikeluarkan mereka tidak menerima kritikan sepertimana Kindom Hearts 3 dan juga Final Fantasy VII.

Kingdom Hearts 3 bakal tiba di Playstation 4 dan Xbox pada 29 Januari 2019 ini.

Leave a Reply