Hitman yang dikeluarkan pada tahun 2016 mempunyai 6 episod keseluruhan dan setiap episod membawa ke tempat-tempat berlainan seperti Paris, Bangkok dan Hokkaido.

Hitman 2 tampaknya turut menggunakan konsep yang sama akan tetapi tidak pasti jika masih menggunakan format episod. Berdasarkan kod permainan yang tiris nampaknya berikut adalah tempat-tempat yang akan ada di dalam permainan ini.

Melalu demo Hitman 2 yang dipertontonkan ia membawa pemain ke Miami yang juga tersenarai di kod atas. Tempat lain yang tersenarai adalah New Zealand, Colombia, Mumbai, Amerika Syarikat dan Atlantik Utara.

Jika senarai ini adalah tepat tampaknya Hitman 2 juga mempunyai 6 tempat yang berbeza seperti Hitman. Walaupun tiada Kuala Lumpur tersenari tetapi kami teruja untuk menjadi lebih kreatif di dalam membunuh.

Hitman 2 akan dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC pada 13 November 2018.

Sohor Kini