Skip to main content

Permainan Burnout sememangnya salah satu permainan perlumbaan yang sangat terkenal ketika satu masa dahulu oleh Criterion Games.

Kini, dua bekas pereka permainan tersebut, Fiona Sperry dan Alex Ward, iaitu pengasas bagi studio pembangun permainan terbaru mereka, Three Fields Entertainment mengumumkan dua permainan perlumbaan kereta baru yang mana juga memfokuskan bentuk permainan pelanggaran kereta seakan Burnout iaitu Danger Zone 2 dan Dangerous Driving.

Danger Zone 2 sememangnya merupakan permainan sekuel kepada Danger Zone yang dilancarkan tahun lepas yang mana ia merupakan permainan yang meletakkan pemain di dalam fasiliti ujian pelanggaran kenderaan.

Menariknya, menurut Three Fields Entertainment, pemain kedua tersebut akan memfokuskan dengan lebih banyak pernambah-baikkan seperti kenderaan baru dan akan membawa pemain di jalan raya awam.

Manakala permainan Dangerous Driving pula merupakan permainan perlumbaan kereta arked yang akan mempunyai bentuk permainan seakan Burnout seperti pelanggaran, gandaan kelajuan dan sebagainya.

Menurut Three Fields Entertainment, Danger Zone 2 akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 13 Julai ini. Manakala bagi permainan Dangerous Driving pula, mereka masih belum mengumumkan sebarang informasi tambahan.

Leave a Reply