Skip to main content

Humble Store hari ini bermurah hati memberikan satu permainan percuma iaitu Shadowrun Returns Deluxe. Permainan strategi mengikut urutan ini dibangunkan oleh Harebrained Schemes dan merupakan permainan pertama untuk siri Shadowrun oleh mereka diikuti Shadowrun Dragonfall dan Shadowrun Hong Kong yang kini dijual dengan harga promosi di Humble Store dan juga Steam.

https://www.youtube.com/watch?v=ONbBcRYJhiY

Permainan ini sangat menguji kepintaran anda untuk mengatur strategi untuk melepaskan diri dari setiap peringkat dengan menggunakan pelbagai senjata dan juga kuasa. Permainan ini mempunyai penceritaan yang kebanyakan berlaku melalui dialog, jadi pastikan anda rajin membaca.

Tawaran ini adalah sementara sahaja dan akan berakhir pada 24 Jun 2018, jadi dapatkan sebelum terlepas.

[download]Humble Store: Shadowrun Returns[/download]

Leave a Reply