Limbo Dan Inside Akan Dikeluarkan Untuk Switch Pada 28 Jun 2018

Limbo dan Inside merupakan permainan pengembaraan side-scroller  yang mempunyai elemen tekaria dan dibangunkan oleh Playdead. Limbo dikeluarkan pada tahun 2010 lagi manakala Inside pada tahun 2016.

Playdead minggu ini, melalui kuciran di akaun Twitter mereka mengumumkan kedua-dua permainan ini akan tiba untuk Switch pada 28 Jun 2018.

Jika anda sudah bermain ataupun belum, permainan ini sangat kami syorkan untuk anda mencuba. Dengan pengeluaran di konsol hibrid seperti Switch sudah semestinya lebih memudahkan anda untuk bermain di mana-mana sahaja.

Buat masa ini Nintendo dan Playdead masih tidak menyenaraikan permainan ini untuk Switch jadi harga masih tidak dinyatakan. Kami akan kemaskini apabila diumumkan nanti.

Sohor Kini