Piranha Games minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan menundakan permainan MechWarrior 5: Mercenaries sehingga tahun depan.
Important message regarding MechWarrior 5: Mercenaries pic.twitter.com/HKlTSu1EWz
— Russ Bullock (@russ_bullock) June 18, 2018
Menurut pembangun, mereka ingin melancarkan permainan tersebut dengan keadaan terbaik dari segi penceritaan solo bagi siri MechWarrior.
Mereka juga berharap agar peminat akan terus menyokong mereka dan ketika acara MechCon yang akan berlangsung pada Disember ini di Kanada, mereka akan berkongsi lebih banyak informasi permainan tersebut bersama sesi demo permainan.
Seperti biasa, kami di Aksiz akan berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaan permainan ini pada masa akan datang. Bagi anda yang ingin mengetahui lagi pelbagai informasi lanjut ataupun membaca pelbagai berita permainan video dalam bentuk bahasa Inggeris, anda juga boleh melayari rakan kami di KakuchoPurei.com.