Captain Toad: Treasure Tracker, iaitu permainan pernambah-baikkan yang asalnya dilancarkan di Nintendo Wii U pada 2014 lepas akan dilancarkan di Nintendo Switch dan 3DS pada 13 Julai ini. Kini, Nintendo akhirnya melancarkan demo permainan tersebut secara percuma di Nintendo eShop.
Captain Toad: Treasure Tracker merupakan permianan aksi tekaria yang memfokuskan watak Toad. Ia merupakan permainan sampingan daripada siri Super Mario dan akan membenarkan pemain untuk menyelesai sebilangan peringkat permainan melalui tekaria seakan Super Mario 3D World.
Melalui permainan pernambah-baikkan ini, Nintendo juga akan menyertakan pelbagai kandungan tambahan termasuklah peta kawasan daripada permainan Super Mario Odyssey dan juga mod koperasi bermain secara dua pemain.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, anda boleh berbuat demikian bermula 13 Julai ini. Namun, bagi anda yang ingin mencuba dahulu permainan tersebut, anda boleh memuat-turun demo permainan tersebut di Nintendo eShop untuk kedua-dua konsol Switch dan 3DS.
Namun buat masa ini, ianya hanya boleh dimuat-turun melalui eShop Eropah dan Jepun sahaja. Bagi eShop Amerika Syarikat, kami percaya ia akan tiba dalam masa terdekat.