Skip to main content

Wargaming, iaitu pembangun permainan terkenal seperti World Of Tank dan juga World Of Warship, hari ini mengumumkan bahawa permainan World Of Warship Legends bakal tiba buat pemain di konsol.

Melalui kenyataan mereka di akaun rasmi Twitter World Of Warship, Wargaming menyatakan bahawa permainan tersebut akan tiba di konsol dan berkongsi pautan laman rasmi permainan tersebut.

Melalui laman rasmi tersebut, mereka meletakkan satu kaji selidik untuk pengguna Playstation 4 dan juga Xbox One. Namun dari segi informasi lain, Wargaming tidak menyatakan sebarang informasi tambahan.

Walaubagaimana pun, kami percaya bahawa mereka akan membawa permainan tersebut secara percuma seperti World Of Tanks yang mana juga dilancarkan oleh mereka.

World Of Warship merupakan permainan peperangan kapal laut yang memfokuskan strategi masa nyata dan aksi pertempuran tentera laut. Ianya kini boleh dimainkan di PC secara percuma.

Leave a Reply