Informasi Permainan Video Terkini
Final Fantasy XIV Untuk Switch Dan Xbox One Hanya Akan Berlaku Jika Fungsi Rentas-Platform Dibenarkan

Final Fantasy XIV Untuk Switch Dan Xbox One Hanya Akan Berlaku Jika Fungsi Rentas-Platform Dibenarkan

Diterbitkan pada June 20, 2018 oleh .

Final Fantasy XIV merupakan antara permainan MMORPG yang mempunyai jumlah pemain yang tinggi. Pengarah Final Fantasy XIV Naoki Yoshida melalui temubual bersama dengan VGR mengatakan mereka kini dalam perbincangan bersama dengan semua pihak untuk membawa permainan ini ke Switch dan juga Xbox One.

Beliau ingin permainan ini boleh dimainkan di semua tempat dan kini sedang di dalam perbincanga bersama tiga pengeluar konsol iaitu Microsoft, Sony dan Nintendo untuk memastikan permainan ini boleh dimainkan secara rentas-platform.

Walaupun tidak dinyatakan jangkaan masa akan tetapi beliau berharap dapat mengumumkan sesuatu tidak lama lagi. Kami tidak menjangkakan sebarang masalah untuk rentas-platform antara PC, Switch dan Xbox One akan tetapi mungkin mempunyai masalah untuk Playstation 4 bersama dengan Switch dan Xbox One.

Jika perkara ini menjadi kenyataan, Final Fantasy XIV akan menjadi antara MMORPG terawal dikeluarkan untuk Switch.


TIPS & ULASAN