Informasi Permainan Video Terkini
Sistem Kemajuan Rocket Pass Diumumkan Untuk Permainan Rocket League
PC

Sistem Kemajuan Rocket Pass Diumumkan Untuk Permainan Rocket League

Diterbitkan pada June 20, 2018 oleh .

Psyonix hari ini mengumumkan sistem terbaru buat permainan Rocket League, iaitu Rocket Pass. Psyonix juga menyatakan sistem ini merupakan sistem mengikut masa terhad dan mereka akan mengadakannya beberapa kali setahun.

Rocket Pass merupakan satu sistem kemajuan baru untuk permainan Rocket League yang membenarkan pemain untuk mendapatkan pelbagai kandungan buat permainan tersebut. Rocket Pass tidak akan menggantikan sistem kemajuan XP yang telah pun terdapat buat permainan tersebut.

Setiap kali pemain meningkatkan peringkat Rocket Pass pemain, pemain akan memperoleh Pass Tier, dan lagi banyak Tier yang pemain peroleh, lagi banyak ganjaran yang pemain boleh dapatkan.

Namun, Psyonix akan menyertakan dua versi buat sistem tersebut iaitu versi percuma dan versi premium. Versi percuma akan disertakan buat semua pemain dimana ianya akan dinyah-kunci secara automatik dan memberi peluang kepada semua pemain untuk mendapatkan pelbagai kandungan permainan dan juga ganjaran peringkat Pro Tier.

Namun, bagi mereka yang ingin mendapatkan lebih banyak kandungan, pemain boleh membeli Premium Rocket Pass untuk 10 kunci dengan harga $9.99(~RM40) yang mana juga akan menyertakan pelbagai kandungan tambahan bersama XP Boost yang akan membenarkan pemain mempercepatkan lagi kemajuan permainan tersebut.

Sistem ini akan disertakan untuk kesemua platform permainan dan setiap barangan tersebut boleh ditukar dengan pemain lain. Rocket Pass Premium juga boleh dibeli bila-bila masa tanpa kehilangan sebarang kemajuan pemain.

Sistem ini sememangnya mempunyai persamaan untuk sistem Battlepass dari permainan Fortnite. Namun, sistem Rocket Pass yang pertama tidak akan mempunyai sebarang misi cabaran tambahan dan hanya akan memfokuskan sistem kemajuan peringkat.

Menurut Psyonix mereka akan berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaan Rocket Pass pada masa akan datang termasuklah tarikh pelancarannya.

Rocket League adalah permainan arena perlawanan yang memfokuskan penggunaan kenderaan kereta untuk bermain dimana pemain perlu menjaringkan gol seakan bola sepak. Ia telahpun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.


TIPS & ULASAN