Informasi Permainan Video Terkini
Peta Baru Untuk PUBG, “Sanhok” Akan Diperkenalkan Untuk Semua Pada 22 Jun
PC

Peta Baru Untuk PUBG, “Sanhok” Akan Diperkenalkan Untuk Semua Pada 22 Jun

Diterbitkan pada June 20, 2018 oleh .

PUBG pada hari ini mempunyai dua peta permainan, iaitu Erangel dan juga Miramar. Minggu ini, pembangunnya turut akan menambah satu lagi peta permainan baru, iaitu Sanhok.

Sanhok akan menawarkan saiz peta yang sedikit kecil – iaitu bersaiz suku daripada Erangel sebelum ini. Hal ini akan membuatkan sesuatu permainan berlangsung dengan lebih pantas, dan boleh dihabiskan dengan pantas.

PUBG Sanhok

Pada masa yang sama, pemain juga akan perlu hadir dengan strategi baru, memandangkan nisbah pemain disesuatu lokasi mungkin lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Sanhok akan ditawarkan melalui kemaskini yang dijadualkan pada 22 Jun ini. Bersama-sama peta permainan baru, PUBG juga dijangka menyertakan sejumlah senjata baru melalui kemaskini akan datang ini.


TIPS & ULASAN