Human: Fall Flat yang dibangunkan oleh No Brakes Games dan diterbitkan oleh Curve Digital telah terjual sebanyak 4 juta unit secara global untuk kesemua platform.

Permainan ini dikeluarkan pada tahun 2016 untuk PC, sebelum dikeluarkan untuk Playstation 4 dan Xbox One pada Mei tahun lepas dan Switch pada akhir tahun lepas.

Selain perkongsian mengenai jumlah terjual, mereka juga mengumumkan permainan ini merupakan antara terjual tertinggi di Switch pada Januari 2018 dan Playstation Store pada akhir tahun lepas.

Human: Fall Flat merupakan permainan tekaria yang boleh dimainkan secara koperasi dan mempunyai pergerakan yang pelik tetapi menjadikan permainan lebih menarik. Tahniah kami ucapkan.

Sohor Kini