Informasi Permainan Video Terkini
Octopath Traveler Akan Mengambil Masa Dari 80 Hingga 100 Jam Untuk Dihabiskan

Octopath Traveler Akan Mengambil Masa Dari 80 Hingga 100 Jam Untuk Dihabiskan

Diterbitkan pada June 19, 2018 oleh .

Octopath Traveler merupakan permainan RPG terbaru dari Square Enix yang akan dikeluarkan secara eksklusif untuk Switch pada 13 Julai 2018. Melalui temubual antara penerbit Masashi Takahashi dan Dengeki Online beberapa maklumat baru dikongsi-kan.

Menurut Takahashi, Octopath Traveler dari awal lagi dibangunkan untuk konsol Nintendo dan pada waktu itu Switch masih tidak diumumkan lagi. Tambah beliau ini adalah hasil kerjasama antara Square Enix dan Nintendo bermula dengan siri permainan Bravely Default dan Bravely Second.

Mengenai kemungkinan permainan ini mempunyai New Game+, beliau mengatakan permainan ini tidak akan mempunyai New Game+ kerana permainan ini boleh dihabiskan sepenuhnya secara terus tanpa perlu diulang main.

Apabila ditanya mengenai durasi permainan ini, beliau mengatakan jika sekadar bermain penceritaan utama ia akan mengambil dari 50 hingga 60 jam akan tetapi jika disertakan dengan misi sampingan dan pengembaraan ia akan mengambil 80 hingga 100 jam. Oleh kerana permainan ini mempunyai 8 watak yang mempunyai penceritaan berlainan boleh dikatakan setiap watak akan memerlukan 10 jam untuk dihabiskan.

Mengenai DLC, beliau mengatakan DLC tidak dimasukkan di dalam perancangan dan bagi mereka permainan yang dikeluarkan merupakan permainan yang sudah penuh.

Octopath Traveler merupakan antara permainan untuk Switch yang kami tidak sabar untuk bermain. Jika anda memiliki Switch, demo permainan ini sudah boleh dimuat turun melalui eShop.


TIPS & ULASAN