Skip to main content

Pengumuman rasmi Cyberpunk 2077 dilakukan oleh CD Projekt Red di acara E3 minggu lalu. Ramai yang memuji kualiti grafik yang dipaparkan kerana menunjukkan peningkatan berbanding apa yang dapat dilihat pada permainan terdahulu mereka iaitu The Witcher 3. Persoalannya ialah apakah spesifikasi PC yang digunakan bagi mencapai tahap grafik yang tinggi ini?

Pihak CD Projekt Red telahpun berkongsi maklumat ini menerusi laman Discord mereka.  Spesifikasinya ialah pemproses Intel Core i7 8700K, memori sebesar 32GB DDR4, storan SSD 512GB Samsung 960 Pro dan kad grafik Nvidia GeForce GTX 1080Ti. Pada PC ini permainan dapat dijalankan pada tetapan 4K 30FPS.

Jelas sekali ini ialah spesifikasi yang amat tinggi dan tidak dimiliki kebanyakan pengguna. Ia menguatkan lagi beberapa ramalan bahawa Cyberpunk 2077 mungkin akan menjadi antara permainan terawal untuk konsol generasi seterusnya PlayStation dan Xbox.

Leave a Reply