Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Baru Cyberpunk 2077 Dipertonton – Mempunyai Pelbagai Mesej Tersembunyi

Trailer Baru Cyberpunk 2077 Dipertonton – Mempunyai Pelbagai Mesej Tersembunyi

Diterbitkan pada June 11, 2018 oleh .

Pada penghujung acara persidangan Xbox yang berlangsung hari ini, pentas Xbox tersebut digodam dan CD Projekt Red mengambil alih pentas dan berkongsi trailer terbaru buat permainan Cyberpunk 2077.

Cyberpunk 2077 merupakan permainan seterusnya oleh CD Projekt Red, yang mana mereka sebelum ini terkenal dengan siri permainan The Witcher. Cyberpunk 2077 adalah permainan dunia terbuka RPG yang bertempatkan di kawasan bandar furustik, Night City.

Melalui trailer tersebut, tampaknya pemain berupaya untuk mengembara di dunia permainan tersebut dengan menaiki kenderaan. Namun dari segi bentuk permainan, CD Projekt Red masih belum lagi mengumumkan sebarang informasi tambahan.

Menariknya, ketika acara persidangan Xbox tersebut, CD Projekt Red menyertakan pelbagai mesej tersembunyi yang mana mereka menjawab sebilangan informasi tambahan berkenaan permainan Cyberpunk 2077. Antaranya adalah permainan Cyberpunk 2077 tidak akan disertakan mikro-transaksi. Selain itu, mereka juga berkongsi sebilangan kod-kod untuk permainan The Witcher 3: Wild Hunt ketika acara persidangan tersebut.

Buat masa ini, CD Projekt Red masih belum berkongsi sebarang tarikh pelancaran bagi permainan tersebut mahupun platform permainan. Seperti biasa, kami akan berkongsinya setelah ia diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN