Informasi Permainan Video Terkini
Acara Ulang Tahun Ke-10 Tales Of Vesperia Diumumkan – Permainan Seterusnya Tales Of Kini Sedang Dibangunkan

Acara Ulang Tahun Ke-10 Tales Of Vesperia Diumumkan – Permainan Seterusnya Tales Of Kini Sedang Dibangunkan

Diterbitkan pada June 18, 2018 oleh .

Bandai Namco minggu ini menyatakan bahawa mereka kini sedang membangunkan permainan seterusnya buat siri Tales Of yang mana kini ia dipastikan bukan lagi permainan sampingan dan merupakan permainan Tales Of tersendiri.

Namun buat masa ini sebarang informasi berkenaan permainan tersebut masih belum diumumkan. Siri Tales Of terkini merupakan Tales Of Berseria yang dilancarkan 2017 lepas.

Selain daripada pengumuman itu, sempena dengan pelancaran Tales Of Vesperia Definitive Edition yang diumumkan minggu lepas, Bandai Namco juga bakal mengadakan acara khas sempena ulang tahun ke-10 permainan tersebut di Jepun pada 16 September ini.

Kita mungkin akan mendapat informasi tambahan dan juga tarikh pelancaran untuk permainan Tales Of Vesperia Definitive Edition menjelang acara tersebut kelak.

Seperti biasa, kami akan kongsikan sebarang informasi tambahan setelah mereka mengumumkannya kelak.


TIPS & ULASAN