Antara jenaka yang terdapat berdasarkan siri permainan Kingdom Hearts adalah untuk menerangkan kembali penceritaan permainan tersebut boleh mendatangkan pergaduhan kerana ceritanya yang rumit dan terlalu banyak silang-seli.
Jika anda adalah pemain baru untuk permainan Kingdom Hearts akan tetapi ingin bermain Kingdom Hearts 3 mungkin berita ini serba sedikit boleh membantu anda.
Melalui temubual Pengarah Kingdom Hearts 3 Tetsuya Nomura bersama Famitsu yang diterjemah oleh pengguna Twitter, beliau mengatakan Kingdom Hearts 3 akan menceritakan kembali siri Kingdom Hearts dari awal yang dibahagikan kepada 5 episod.
Secara keseluruhan, penceritaan semula ini akan mengambil masa beberapa jam. Selain itu video ini juga akan dimuat naik pada penghujung bulan ini tetapi untuk versi Jepun.
Slight correction, it appears this recap video is broken into 5 videos/episodes based on a new Famitsu interview with Nomura that came out after this tweet (@KZXcellent)
— DKHF (@DKHF_) June 15, 2018
Jika anda tidak sabar menunggu dan ingin mengetahui penceritaan, anda sempat lagi untuk bermain permainan Kingdom Hearts ataupun cari sahaja video rumusan yang dikeluarkan di Youtube oleh pemain. Bagi kami walaupun sudah bermain dan menonton rumusan, penceritaan Kingdom Hearts masih kurang jelas.
Kingdom Hearts 3 bakal tiba di Playstation 4 dan Xbox pada 29 Januari 2019 ini.


