Pada Februari lepas Aksys Games mengumumkan Little’s Dragon Cafe iaitu permainan terbaru dari pencipta Harvest Moon Yasuhiro Wada. Melalui kuciran akaun twitter mereka mengumumkan permainan ini akan dikeluarkan pada 24 Ogos 2018 untuk Playstation 4 dan Switch.
#LittleDragonsCafe is up for pre-order for the #Switch and #PS4 right now. Everyone’s favorite Real Dragon Husbandry Simulator™ slash Café Management Sim slash Heartwarming Story can be yours come August 24, 2018! pic.twitter.com/0UXA2eVrAh
— Aksys Games (@aksysgames) June 12, 2018
Little Dragons Cafe merupakan permainan bentuk pengembaraan yang mana pemain berupaya untuk menternak naga dan pada masa yang sama menjalankan sebuah restoran kafe.
Pemain juga berupaya untuk bercucuk tanam dan bergaul mesra bersama penduduk-penduduk kampung seakan permainan Harvest Moon dan Stardew Valley.
Selain itu mereka juga mengumumkan edisi terhad yang berharga $79.99 (RM320) yang akan mengandungi CD soundtrack, 18 kad watak dan figura naga.