Nintendo melalui persidangan E3 mereka mengumumkan Overcooked 2 iaitu permainan seterusnya dari Ghost Town Games untuk siri permainan Overcooked. Ia merupakan permainan memasak koperasi yang memerlukan kerjasama antara dua sehingga 4 pemain.

Antara pembaharuan yang dibawa untuk Overcooked adalah menyertakan multi-pemain di atas talian, tetapi secara setempat masih dikekalkan.

Melalui Overcooked 2 pemain kini juga boleh membaling untuk memudahkan anda untuk memberikan bahan masakan kepada rakan anda, anda juga boleh membaling ke periuk, pengisar dan juga ke lantai.

Setiap peringkat turut mempunyai mekanik yang baru sepeti portal, platform yang bolehd kawal dan laluan yang bergerak. Terdapat juga penambahan dari segi watak yang boleh digunakan dan resipi yang perlu dimasak.

Overcooked 2 akan tiba pada 7 Ogos 2018 untuk Switch, Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini