Informasi Permainan Video Terkini
Fire Emblem Three Houses Diumumkan Untuk Switch – Akan Tiba Pada Suku Kedua 2019

Fire Emblem Three Houses Diumumkan Untuk Switch – Akan Tiba Pada Suku Kedua 2019

Diterbitkan pada June 13, 2018 oleh .

Setakat ini Nintendo Switch hanya menerima Fire Emblem Warriors dari siri permainan tersebut, akan tetapi Warriors adalah sekadar permainan sampingan dan bukanlah permainan Fire Emblem yang sebenar.

Melalui persidangan E3, Nintendo mempertontonkan trailer baharu untuk mengumumkan Fire Emblem Three Houses yang nampaknya adalah permainan Fire Emblem yang sebenar dengan memfokuskan pertempuran strategi.

Permainan ini akan mempunyai penceritaan dan watak yang baharu. Ia akan berlaku di sebuah tempat bernama Fodlan dimana Gereja Seiros mempunyai kekuasaan di tempat itu, Dari segi teknik permainan ia masih mengekalkan pertempuran berasaskan strategi mengikut urutan tetapi menambah susunan tentera yang menyokong anda semasa bertempur.

Fire Emblem Three Houses akan tiba pada suku kedua 2019.


TIPS & ULASAN