Di persidangan Nintedo untuk E3, mereka mengumumkan DLC penambahana penceritaan untuk permainan JRPG Xenoblade Chronicles 2 yang bertajuk Torna – The Golden Country.
DLC ini memfokuskan kepada watak Jin dan juga tempat kelahiran beliau iaitu Torna dan berlaku 500 tahun sebelum penceritaan Xenoblade Chronicles 2 bermula.
Selain itu and juga akan menerima pelbagai barangan di dalam permainan, misi-misi baru dan juga mod Challenge yang bakal tiba pada suku keempat tahun ini.
Anda boleh mula mendapatkan DLC ini pada 14 September 2018 dengan harga $29.99 (RM120). Xenoblade Chronicles 2 dikeluarkan pada 1 Disember 2017 dan dibangunkan oleh Monolith Soft. Ia merupakan sekuel kepada permainan Xenoblade Chronicles yang dilancarkan di Nintendo Wii dan New Nintendo 3DS beberapa tahun lepas.