Transference, iaitu permainan realiti-maya antara Ubisoft dan SpectreVision dipertontonkan ketika acara persidangan Ubisoft yang berlangsung hari ini.

Transference merupakan permainan realiti-maya yang dibangunkan oleh SpectreVision. Pengasasnya iaitu pelakon terkenal, Elijah Wood hari ini berkongsi yang mana permainan tersebut akan membuka misteri simulasi permainan yang akan memberi pengalaman seram buat pemain.

Transference akan dilancarkan pada musim luruh tahun ini iaitu antara bulan September sehingga Disember di Playstation VR, HTC Vive dan Oculus Rift.

Sohor Kini